Monday, 26 December 2011

Tersenyum lagi

*Alhamdulillah...*
mungkin berkat memulakan hari dengan senyuman 
dan bersangka baik kot.
kerjaku siap juga utk hari ini.

malam ni, aku mampu tdor dengan tersenyum...
terima kasih kenangan,
alhamdulillah Ya ALLAH..


Aku ingin selalu tersenyum dalam hidup ini...
bersama orang2 yg ku syang,kawan2 yg ku hrgai dan semua yg ku sayangi..

aku bukan hanya ingin tersenyum disini,
bahkan di akhirat sana...
semoga kita mnjadi insan yg terbaik di hadapan Allah

tdurlah dengan penuh senyuman...
selamat malam semua...

Sunday, 25 December 2011

~Bertemu Insan Lubnan~

BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM..
semuanya adalah izin Allah
berwasilahkan dengan.. 


Antara hari yg tak pernah aku terfikir...      
betulkah semua ini...
aku seolah-olah ingin menangis..
aku xpernah menyangka..
akhirnya aku bertemu jua..
insan lubnan ini.
  
alhamdulillah rezeki...
segalanya adalah percuma...
alhamdulillah...syukur sangat...

tiket free...time kasih..alhamdulillah.

ya Allah..setiap gerak gerinya beliau mulakan dengan bismillah..
setiap perkara yg mengujakan beliau ucapkan masyaAllah..

ALLLAH...
mungkin ini cara beliau...
mana mungkin beliau berlakon berkata sebegitu..
ia berlaku banyak kali...
aku akan cuba mencontohi bismillah dan masyaAllah ini..
aku cuba memperbaiki diri..

ya Allah..
jagalah hati ini agar tidak teruja kepada ciptaanMu..
biarlah aku selalu mengingatiMU..
jagalah hati ini agar tidak lalai...
insya Allah...













< -----secubit kenangan bersama














            <-------------->

anak kelantan + perak = malaysia

saya sayang tanah air saya..

semoga tanah airku diberkati Allah






reporter : maher, you go here and there all over the world. 

              Where do you get the energy, the stamina to travel?

m.zain : "When you do a good deed, just do it. We'll rest in Jannah. InshaAllah." 


subhanallah....

aku cuba mengikhlaskan niat dlm setiap amal dan kerjaku...

INSYAALLAH....



~~ 1st time tahu pada 16 disember, akhirnya terlerai jua 24 disember...=)
~~ terima kasih kepada semua yg telah merealisasikan hasratku..sayang SEMUA...!!


*A::L::H::A::M::D::U::L::I::L::L::A::H:: KEPADA A::L::L::A::H*

Thursday, 22 December 2011

Jeles Rasanya



my sweet village...korea...


Hari ini, sudah ada kawanku yang balik kg. maklumlah kg dekat2 UPSI je...bukannya jauh pun...
aku pula jauh di kelantan sana.rindu sanagt nak balik..rindu pada ummi, pada abah, pada adik2, pada sumelah..huu..

memang aku tak nafikan, semakin aku fikir, smakin aku jeles, tapi patut ke aku jeles...entah, aku pun tiada jawapan.walaupun begitu, aku malas nak fikir sangat.baik aku isi dengan perkara yg sepatutnya..

"ummi, abah, u i love...rindu nak balik.." ~  mesej sent

insyaAllah...InsyaAllah...InsyaAllah....bunyi telefon memecah kesunyian...

ohh...mak kol....
ahhh...terubat rindu seketika..

ummi, abah, walau jarak memisahkan kita,
rindu selalu menyatukan kita..
akak doakan kalian dalam rahmat Allah salu...

i luv u all..

Sunday, 4 December 2011

~Jum, Kita Puasa Esok, sejenak tentang hari Asyura~

Hari asyura adalah antara hari kebesaran dalam islam..





Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)



A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).


Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)






fadilat berpuasa pada hari asyura:


Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)


Niat puasa 






Doa Pada Hari 'Asyura
Mari manfaatkan momen hari 'Asyura, hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan dengan memanjatkan doa.

حَسْبُنَااللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
سُبْحَانَ اللَّهِ مِلْءَالْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَاوَزِنَةَالْعَرْشِ
لاَمَلْجَأَ وَلاَمَنْجَأَ مِنَ اللَّهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَالشَّفْعِ وَالْوِتْرِ
وَعَدَدَكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَانَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَبِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَاِلاَّبِاللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
وَهُوَحَسْبُنَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Artinya:
"Cukuplah Allah menjadi sandaran kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Maha Suci Allah sepenuh timbangan, sesempurna ilmu, sepenuh keridhaan dan timbangan 'arsy. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari Allah, kecuali hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan genap dan ganjil, dan sebanyak kalimat Allah yang sempurna, kami memohon keselamatan dengan rahmat-Mu wahai Dzat Yang Paling Penyayang diantara semua yang penyayang. Dan tiada daya upaya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan Dialah yang mencukupi kami, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik kekasih, dan sebaik-baik Penolong. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurah kepada junjungan kami Nabi Muhammad, teriring keluarga dan sahabat beliau."

# Doa di atas silahkan dibaca pada hari 'asyura, namun untuk dibaca di hari-hari biasa pun tidak masalah karena lafadznya yang umum.

rujukanku ~disini & disitu ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...