Cinta dan Slot Agama


**JANGAN DISIA-SIAKAN 2 KEPING ROTI**



Pada suatu masa dulu, ada seorang lelaki bangsa Israel yang amat kuat beribadah kepada Tuhan. Lelaki itu taat kepada semua perintah dan larangannya, dia melakukan pelbagai ibadat selama 60 tahun di dalam biliknya tanpa keluar rumah. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya dibumi yag kering itu, segala tanaman tumbuh subur. Lelaki tadi rasa ingin keluar bersiar-siar menikmati kecantikan alam kerana selama ini dia tidak pernah keluar.

“alangkah baiknya kalau aku bersiar-siar diluar sana. Aku dapat mengingati kebesaran Tuhansambil menikmati seluruh kecantikan alam"..bisik hatinya. Lelaki itu pun keluar dari bilik ibadatnya hendak pergi bersiar2. Dia membawa dua keping roti sebagai bekal. Sebaik2 berada di luardia begitu gembira dan takjub dengan ciptaan Tuhan. Sedang dia menghayati keindahan alam selepas disirami hujan yang llebat, dia terserempak dengan seorang perempuan yang sangat jelita, selepas bertegur dan berkenalan, mereka bertambah mesra. 


Mereka berjalan beriringan sambil menikmati alam.apabila lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin duduk berdua-duaan, syaitan akan datang dan duduk antara kedua-duanya. Begitulah kebiasaannya. Selepas bertemu mata, hati mula berkata-kata. Mereka mula jatuh cinta.


Akhirnya mereka berzina. Sesudah itu, lelaki itu berasa amat bersalah disebabkan selama ini dia amat takut melanggar LARANGAN Tuhan, sehingga dia jatuh pitam kerana jiwanya berasa amat tertekan oleh rasa kesal yang tidak terhingga.

Apabila tersedar, sia segera pergi ke sungai bagi membersihkan tubuhnya yang dirasakan sangat kotor oleh dosa. Tiba-tiba muncul seorang peminta sedekah yang kelaparan. Dia meminta makanan daripadanya. Lelaki itu berasa simpati lalu memberi bekal yang dibawanya, iaitu DUA KEPING ROTI.
Tidak lama selepas itu, lelaki itu jatuh sakit lalu mati. Maka malaikat menimbang pahala dan segala perbuatan yang baik-baik selama 60 tahun dan dosa dariperbuatannya berzina. Ternyata dosa lebih berat daripada pahala ibadatnya selama 60 tahun itu.

Oleh sebab dosanya lebih berat, maka ditimbangkan pahala daripada sedekah 2 keping ROTI yang pernah diberikan kepada pengemis dahulu. Berat timbangannya berubah. Kini pahalanya lebih berat daripada dosanya. Lelaki itu terselamat daripada api neraka dan dia dimasukkan ke syurga. Itulah berkat pahala daripada bersedekah 2 keping ROTI kepada orang yang sangat lapar.

~sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...