Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah, 1 Muharram 1433 H, 
Jangan lupa membaca doa akhir tahun setelah sholat ashar hari ini sebanyak 3x

Doa Akhir Tahun

Fadhilat doa akhir tahun :

Barangsiapa membaca doa ini dalam waktu tersebut, maka setan berkata: “kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini”. Maka dibinasakanlah dengan satu saat saja, sebab membaca doa ini. Dan dosa-dosanya diampuni oleh Allah Ta’ala dalam setahun ini.

Doa Awal Tahun

semoga tahun ini diri ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..
ubahlah yg mane patut diubah selagi peluang masih ade...insyaAllah..
mengharapkan pertolongan Allah salu bersamaku..

~jagalah solat
bahawa orang yg memelihara solat 5 waktu itu akan dihindarkan dari siksaan kubur. sebaliknya orang yangmengabaikannya, maka diwaktu dia mati mayatnya dihimpitkan kubur sehingga berselisih antara 2 tulang rusukunya. (HR Ibu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya Az-Zawaajir)


♥(¯`•.. Ada yang lahirnya beriman, hidupnya beriman, mati pun beriman

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya beriman, hidupnya beriman, tapi matinya kufur

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya beriman, hidupnya kufur, tapi matinya beriman

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya beriman, hidupnya kufur, mati pun kufur

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya kufur, hidupnya kufur, mati pun kufur

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya kufur, hidupnya kufur, tapi matinya beriman

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya kufur, hidupnya beriman, tapi matinya kufur

♥(¯`•.. Ada yang lahirnya kufur, hidupnya beriman, matinya beriman




Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam 

kalangan kamu..Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga 

pernah melampaui batas untuk diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dapat  

menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah..Maka 

akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

 (imam hasan al-basri)



#mata dan tanganku bekerja bersama..


semoga aku bukn hanya menulis..bahkan lebih drpd itu... amin...



Thursday, 27 October 2011

Takutnya aku pada HURAISY...ANDA ???????

~gambar ini sekadar hiasan~


Ianya telah dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"


Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. 



sebelum hadirnya musim luruh berpesan-pesanlah 
sebelum ajal menjemputmu..









Wednesday, 26 October 2011

## SEGENAP CINTA PADAMU ##

Saat indah bersama si kesayangan selalu menjadi ingatan dalam memori si gadis maupun si teruna...itu hakikatnya...(ingatan buat diriku juga)


Namun, selalukah kita ingat pada orang yang lebih menyayangi kita daripada buah hati kita??
Insan yang masih mengucap "Ummati, Ummati, Ummati ..." 
beliau lah Kekasih ALLAH... YA RASULULLAH HABIBULLOH...


andai xbanyak tahu tentang nabi kita, jum, bersama kita terokai peribadi rasulullah...



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.



  •  Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
~~indahnya ciptaan ALLAH..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...