Saturday, 29 October 2011

10 Ahli Sukan Terkaya Didunia



Tahukah anda dengan bersukan,10 orang ini menjadi kaya-raya serta duduk dalam kemewahan hanya disebabkan sukan, tanpa pendidikan yang tinggi tetapi gaji mereka ini lebih tinggi daripada orang yang berpelajaran malah mencecah jutaan ringgit.
Gaji ahli sukan ini telah diconvertkan kepada ringgit malaysia( RM).
Mungkin ada lagi yang lebih kaya,tetapi ini updates sehingga 16 Oktober 2011.



1) Tiger Woods - RM289,173,574.74(Golf)





2)Roger Federer - RM197,349,107.33 (Tennis)





3)Phil Mickelson - RM197,006,114.50 (Golf)




4) Samuel Eto'0- RM170,000,000.00 (Football)








5) LeBron James - RM146,266,815.78 (Basketball)


 




6)Lionel Messi - RM140,579,997.06 (Football) ~~ my pminat..hukhuk









7)David Beckham - RM129,397,497.30 (Football)




8)Cristiano Ronaldo - RM127,799,997.33 (Football)..my minat jugak..huu




9)Manny Pacquiao - RM121,409,997.46 (Boxing)



10)Alex Rodriguez - RM118,214,997.53 (Baseball)










~~sekadar perkongsian agar minda kita lebih terbuka..
kenapa xde sorang pun orang ISLAM???hmmm....
fikir-fikirkan......

KISAH SI PENCARI KAYU API JUJUR & GENIUS

Pada suatu hari, Si Pencari kayu api seperti biasa dengan tugas hariannya iaitu mengumpul kayu api di dalam hutan. Sebilah kapak tua dan buruk dijadikan temannya. Setelah asyik memotong kayu api tiba-tiba kapaknya terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai. Hatinya sangat sedih kerana kapak itulah satu-satunya alat yang digunakan olehnya untuk mencari sesuap nasi. Lagi pula dia tidak pandai berenang. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba muncul seorang tua yang terbongkok-bongkok.


ORANG TUA : Kenapa tuan hamba mengangis?

SI PENCARI KAYU API : Kapak hamba terjatuh ke dalam sungai.
ORANG TUA : Jangan lagi bersedih, hamba akan membantumu.

SI PENCARI KAYU API : Benar????(Tersenyum dan gembira)

Orang tua tersebut lalu terjun kedalam sungai lalu membawa sebilah kapak perak.



ORANG TUA : Inikah kapak tuan hamba?
SI PENCARI KAYU API : Bukan.
Orang tua terjun semula ke dalam sungai lalu membawa sebilah kapak gangsa.
ORANG TUA : Adakah yang ini?
SI PENCARI KAYU API : (menggeleng-gelengkan kepalanya)


Orang tua terjun semula dengan membawa sebilah kapak emas.
ORANG TUA : Ini kan?
SI PENCARI KAYU API : Bukan yang itu. Kapak saya sangat buruk.


Orang Tua tersebut terjun semula ke sungai dengan membawa sebilah kapak yang tua dan buruk.
SI PENCARI KAYU API : Ya..yahooo…itulah kapak hamba. Terima kasih (dia melompat-lompat dengan hati yang gembira )
ORANG TUA : Tuan hamba sangat jujur dan tulus. Hamba akan menghadiahkan ketiga-tiga kapak ini untuk kamu.

Si Pencari Kayu Api itu sangat gembira kerana beliau memiliki kapak emas, gangsa dan perak.

Seminggu selepas itu………………
Pencari Kayu Api bersiar-siar bersama-sama dengan isteri kesayangannya di tempat kejadian kapaknya terjatuh ke dalam sungai. Setelah asyik bersiar-siar, tiba-tiba isterinya terjatuh ke dalam sungai kerana terpijak batu di tepi sungai. Si Pencari Kayu Api sangat sedih dan menangis kerana isteri kesayangannya terjatuh ke dalam sungai dan tidak tahu berenang sama sepertinya. Tiba-tiba muncul seorang tua yang berjalan menggunakan tongkat.


ORANG TUA : Wahai Si Pencari Kayu Api, kenapa tuan hamba menangis?
SI PENCARI KAYU API : Isteri hamba terjatuh ke dalam sungai. ( dengan nada yang sedih dan pilu)
ORANG TUA : Janganlah bersedih, hamba akan menolongmu.


Orang tua tersebut lalu terjun ke dalam sungai dengan membawa seorang gadis cantik dan menawan iaitu Siti Nurhaliza.
ORANG TUA : Inikah isteri tuan hamba?
PENCARI KAYU API : Ya..ya..inilah isteri tuan hamba.
ORANG TUA : Wahai tuan hamba, atas ketidakjujuran dan ketidakikhlasan maka, hamba mengambil semula kapak yang hamba bagi kepada tuan hamba dahulu dan perempuan ini hamba tidak akan beri kepada tuan hamba.
PENCARI KAYU API : Wahai orang tua yang sangat baik hati…jikalau hamba mengatakan dia bukan isteri tuan hamba, tentulah engkau akan terjun ke dalam sungai semula dengan membawa Misha Omar, Stacy, Yuna, Britney Spear dan Fasha Sanda. Atas kejujuran hamba maka tentulah engkau akan menghadiahkan kesemua perempuan tersebut kepada hamba. Hamba seorang yang sangat miskin, mana larat hamba menyara hidup semua isteri hamba. Hamba tidak larat nak beli make up, baju, kasut tumit tinggi, kereta, rumah besar dan sebagainya.
ORANG TUA : (Tersenyum saja mendengar penjelasan daripada Si Pencari Kayu Api). Tuan Hamba bukan hanya seorang yang jujur malah seorang yang sangat bijaksana.
Orang tua itu pun hilang dari pandangan……

~Moralnya kita hendaklah jujur dan juga berfikir sebelum bertindak...
ini sangat penting...=)

## Secucuk Satay ##


Walaupun dunia semakin canggih, masih ada lagi orang yang aku jumpa xyahu tentang ini...
SATEY..aku pasti korang pernah makan satey kan..disini, Kak Sya nak kongsi sikit...(^^)

Jika anda makan satay, jangan lupa makan timunnya.
kerana bersama satay itu adalah karbon yang terhasil selepas satay itu dibakar akan mendatangkan kesan karsinogen..

Apa itu "karsonigen???
=> karsinogen ianya suatu keadaan yang boleh menyebabkan barah

Kenapa kena makan "TIMUN" 
=> timun adalah Anti-Karsinogen

so...jika anda sayangkan diri sendiri, jangan lupa makan timun yer...

Thursday, 27 October 2011

Slot Agama

Rahsia Solat Di Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna
 HIJAU (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna ORENiaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu
Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna PUTIH, MERAH dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail

~moralnya 1 jer...jangan tinggal solat..lau kita solat segala kelebihan, ketenangan dan kekayaan akan kita kecapi...~selamat beramal (^^)

**JANGAN DISIA-SIAKAN 2 KEPING ROTI**



Pada suatu masa dulu, ada seorang lelaki bangsa Israel yang amat kuat beribadah kepada Tuhan. Lelaki itu taat kepada semua perintah dan larangannya, dia melakukan pelbagai ibadat selama 60 tahun di dalam biliknya tanpa keluar rumah. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya dibumi yag kering itu, segala tanaman tumbuh subur. Lelaki tadi rasa ingin keluar bersiar-siar menikmati kecantikan alam kerana selama ini dia tidak pernah keluar.

“alangkah baiknya kalau aku bersiar-siar diluar sana. Aku dapat mengingati kebesaran Tuhansambil menikmati seluruh kecantikan alam"..bisik hatinya. Lelaki itu pun keluar dari bilik ibadatnya hendak pergi bersiar2. Dia membawa dua keping roti sebagai bekal. Sebaik2 berada di luardia begitu gembira dan takjub dengan ciptaan Tuhan. Sedang dia menghayati keindahan alam selepas disirami hujan yang llebat, dia terserempak dengan seorang perempuan yang sangat jelita, selepas bertegur dan berkenalan, mereka bertambah mesra. 


Mereka berjalan beriringan sambil menikmati alam.apabila lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin duduk berdua-duaan, syaitan akan datang dan duduk antara kedua-duanya. Begitulah kebiasaannya. Selepas bertemu mata, hati mula berkata-kata. Mereka mula jatuh cinta.


Akhirnya mereka berzina. Sesudah itu, lelaki itu berasa amat bersalah disebabkan selama ini dia amat takut melanggar LARANGAN Tuhan, sehingga dia jatuh pitam kerana jiwanya berasa amat tertekan oleh rasa kesal yang tidak terhingga.

Apabila tersedar, sia segera pergi ke sungai bagi membersihkan tubuhnya yang dirasakan sangat kotor oleh dosa. Tiba-tiba muncul seorang peminta sedekah yang kelaparan. Dia meminta makanan daripadanya. Lelaki itu berasa simpati lalu memberi bekal yang dibawanya, iaitu DUA KEPING ROTI.
Tidak lama selepas itu, lelaki itu jatuh sakit lalu mati. Maka malaikat menimbang pahala dan segala perbuatan yang baik-baik selama 60 tahun dan dosa dariperbuatannya berzina. Ternyata dosa lebih berat daripada pahala ibadatnya selama 60 tahun itu.

Oleh sebab dosanya lebih berat, maka ditimbangkan pahala daripada sedekah 2 keping ROTI yang pernah diberikan kepada pengemis dahulu. Berat timbangannya berubah. Kini pahalanya lebih berat daripada dosanya. Lelaki itu terselamat daripada api neraka dan dia dimasukkan ke syurga. Itulah berkat pahala daripada bersedekah 2 keping ROTI kepada orang yang sangat lapar.

~sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





Takutnya aku pada HURAISY...ANDA ???????

~gambar ini sekadar hiasan~


Ianya telah dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"


Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia. 



sebelum hadirnya musim luruh berpesan-pesanlah 
sebelum ajal menjemputmu..









10 Pemain Islam Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak


Selaku orang ISLAM, jujur aku katakan, aku bangga dengan mereka ini..tambahan pula, football is a part of my life..hehehe..(speaking jap)

Aku, Family & Bola sepak
seronok sangat...kegilaanku suatu masa itu sehinggalah sekarang..mungkin ramai yang xmenyangka akan minatku ini..hehe...tapi aku xpeduli kata orang..dah minat kan..minat kan berbeza, maklumlah mausia kan unik..

ini updates sehingga 7 Ogos 2011


mereka-mereka yang diberi hidayah :


1- Penyerang Chealsea,Nicolas Anelka memeluk Islam pada tahun 2004 di UAE, dia menukar nama Islamnya   Abdul-Salam Bilal


2- Khalid Boulahrouz adalah pemain pertahanan Belanda antarabangsaketurunan Maghribi,dia kini bermain di Jerman Stuttgart



3- Samir Nasri,pemain muda yang sanggat berbakat,pemain ini bermian di arsenal,beliau digelarkan 'The New Zidane'. Nasri telah dilahirkan oleh ibu bapanya Algeria di Perancis dan dibesarkan sebagaiMuslim., teman wanita Samir Nasri ialah seorang pemain tennis iaitu Tatiana Golovin yang pastinya bukan Islam.



4- Abou Diaby, keturunan Ivory Coast. Beliau telah dibesarkan di Perancis,dan bermain untuk pasukan antarabangsa mereka.Bintang Arsenal ini, yang bermain sebagai pemain tengah, masih beragama Islam dan masihmengamalkan.


5- Hatem Ben Arfa adalah pemain yang berbakat Perancis keturunan Tunisia,dan pada masa ini berulang-alik perdagangan di Marseille. Ayahnya adalah seorang Tunisia, dan seluruh ahli keluarga beliau adalah muslim.


6- Franck Ribery juga memeluk Islam, dengan isterinya Perancis-Algeria telahdibesarkan sebagai seorang Islam

7- Kanoute bermain untuk Seville dan pasukan kebangsaan sebagai penyerangPerancis, telah mengamalkan Islam sejak umur 20 (dia kini berumur 32).Pada mulanya Beliau enggan memakai baju Seville kerana ia ditaja oleh 888.com iaitu laman web perjudian, tapi apakan daya.beliau terpaksa memakainya juga Kanoute juga telah membeli sebuah masjid di Seville.



8 - Karim Benzema ( macam nama FB my fren)  dilahirkan di Perancis,ibu bapanya keturunan AlgeriaKabyledan secara terangnya adalah seorang Muslim yang masih mengamalkan agama islamBenzema kini bermain untuk Real Madrid,berikut ialah jumlah perpindahan 35 juta euro dari Lyon ke Real Madrid, 

9 - Toure adalah seorang yang beragama Islam, sebelum ini dia telahmenyatakan keinginannya untuk menjadi contoh untuk pemuda muslim terbaik di liga Inggeris. ".


10- Seperti adiknya Toure, Yaya juga adalah seorang Muslim
yang masih mengamalkan islam.


ini antaranya..sebenarnya, RAMAI lagi yang muslim..untuk lebih lanjut, layari pemain bola sepak beragama islam , http://bobotohpoe-singapore.blogspot.com/2010/10/pemain-sepak-bola-muslim-dunia.htmlhttp://njenk.blogspot.com/2010/07/pemain-bola-dunia-beragama-islam.html n banyak lagi lah...ini antaranya lah...

~ aku sangat suka tgok bola tapi xsuka pemainnya pakai seluar pendek..Semoga mereka mendapat hidayah..
INSYAALLAH...



Wednesday, 26 October 2011

KATAKAN GAGAL ...

JANGAN CEPAT MELATAH....BACA DULU...


Dalam hidup ini aku terlalu takut jika aku gagal..namun sejak akhir-akhir ini, aku terfikir sesuatu..dan ingin aku abadikan dalam coretan blog ini agar ianya terus ada walau aku sudah tiada nanti...



my ummi salu cakap..."kakak akan GAGAL kalau kakak GAGAL...." (lama dia terdiam...)
selepas itu baru dia bercakap...

kakak akan GAGAL kalau kakak :

  • GAGAL berusaha dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH
  • GAGAL merancang MASA DEPAN dengan BAIK
  • GAGAL melakukan semua TUGASAN
  • GAGAL menghormati GURU
  • GAGAL melaksanakan SOLAT
  • GAGAL meletakkan ISLAM sebagai CARA HIDUP(paling penting)
hmmmm...betul jugak...betul ummi cakap...ummi kata lagi, kena cari kuncinya..baru boleh  X GAGAL.


kakak akan ubah nasib kita, kakak akan hapus segala air mata keGAGALAN itu...
akan ku ubah ia kepada air mata "KEJAYAAN"

# GAGAL merancang seolah-olah berkali-kali GAGAL
# GAGAL merancang lebih parah dari sebuah keGAGALan..

BERSAMA-SAMA MEMBINA IDENTITI BERJAYA

# BERJAYA merancang seolah-olah selangkah kepada KEJAYAAN
# BERJAYA merancang lebih indah andai diadun dengan segunung USAHA

  ~ ALLAH suka pada mereka yang berUSAHA
  ~ USAHA catalyst KEJAYAAN..

Setiap anda BERHAK untuk BERJAYA.!!!
salam kejayaan dariku...semoga kita semua akan berjaya dunia & akhirat....


jalan success salu ada bagi mereka yang berkeinginan

indahnya hidup bila impian menjadi realiti
KEJAYAAN, kini kau ku Miliki

MERANCANG UNTUK BERJAYA MEMBUATKAN KITA AKAN LEBIH BERUSAHA LEBIH DARI BIASA..

biarlah aku hanya insan BIASA, 
tetapi aku akan berusaha lebih dari BIASA-BIASA kerana aku ingin berjaya secara LUAR BIASA.

SELAMAT BERUSAHA...
**ukhti.sya.imtiaz.com**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...